SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG


JAWATAN KOSONG

                                                                

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

 

                        JAWATAN                                     GRED                   SKIM PERKHIDMATAN

        A.        AKAUNTAN                                          W41                          AKAUNTAN

                   (KEKOSONGAN – 1)

        B.        JURUAUDIT                                          W41                          JURUAUDIT

                   (KEKOSONGAN – 1)

 

CARA MEMOHON

a)    Borang permohonan boleh didapati :-

       i)   Terus secara ONLINE melalui  laman web SPPP (http://www.penangport.gov.my)

       ii)  Datang sendiri  di Pejabat SPPP, Bahagian Khidmat Pengurusan atau mengirim sampul surat                         beralamat sendiri berukuran 10 sm x 22.5 sm dan bersetem ke alamat  seperti tertera di bawah.

b)    Bagi penjawat awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan            Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.

c)    Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat                    semasa memohon dan menghantar borang.

d)    Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

e)    Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah                    dianggap tidak berjaya. 

f)     Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang                    berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-.

            PENGURUS BESAR

            SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG

            3A-6 BANGUNAN SRI WELD

            PANGKALAN WELD

            10300 PULAU PINANG

            (U.P  :  BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :  13 MEI 2009 (RABU) 


Comments (0)

Post a Comment