Jawatan Kosong Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang 2012




Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon kekosongan jawatan berikut :

Nama Jawatan : PEKERJA RENDAH AWAM (BURUH AM), GRED R1 SAMBILAN (2 kekosongan)

Tempat Kekosongan : Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang

Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir, Tidak Mahir dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Taraf Jawatan : Sambilan

Gaji Harian : RM 28.15 sehari (RM 647.51 s.b./23)

Imbuhan tetap : ITKA - RM 4.10 sehari (RM 95.00 s.b/23)

Bantuan Sara Hidup : RM 4.30 sehari (RM 100 s.b./23)


Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c)  i) Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan

ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

dan  d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.



Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 JULAI 2012



Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara menulis sendiri dengan menyertakan resume, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil surat tamat persekolahan, salinan sijil-sijil berkaitan dan gambar warna berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada :-

YABrs Ketua Jajahan Gua Musang
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang
18300 Gua Musang

untuk maklumat lanjut layari : http://www.ptjgm.kelantan.gov.my

Comments (0)

Post a Comment