TEMUDUGA TERBUKA TAPISAN PERTAMA BAGI MENGISI JAWATAN KOSONG PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 (SAMBILAN BERELAUN) DI UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI KELANTAN, PEJABAT SUK KELANTAN DAN JABATAN KERJA RAYA NEGERI KELANTAN.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka tapisan pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 ( sambilan berelaun ) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
TARIKH/HARI
|
WAKTU TEMUDUGA
|
TEMPAT TEMUDUGA
|
02
Rabiul Akhir 1434H/
13
Februari 2013M
09
Rabiul Akhir 1434H/
20
Februari 2013M
13
Rabiul Akhir 1434H/
24
Februari 2013M
|
Sesi I : Pagi
9:00
Pagi hingga 12:00 Tengahari
Sesi II : Petang
2:00
Petang hingga 5:00 Petang
|
Makmal
ICT, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Aras 2, Blok 6, Kompleks Kota
Darul Naim.
|
Tempat : Makmal ICT, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Aras 2, Blok 6, Kompleks Kota Darul Naim.
JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 (SAMBILAN BERELAUN)
Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
- Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik ( Komputer ) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
- Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Gaji ( termasuk elaun ) : Gaji adalah dibayar secara elaun sebanyak RM 2335.69 sebulan ( Secara Pukal ) tanpa diberi pergerakan gaji tahunan ( Gaji Pokok : RM 1745.69 + ITKA : RM 160.00 + ITP : RM 180 + COLA : RM 250 )
- Taraf Lantikan : Pegawai Berelaun ( Bergaji Pukal )
- Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab membangun perisian baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Calon-calon yang akan dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA SESI TEMUDUGA
Pemohon hendaklah membawa bersama resume yang lengkap dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
ii) Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan resume mengikut susunan berikut:-
a. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b. Salinan Surat Beranak pemohon;
c. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d. Salinan Diploma berserta transkrip;
e. Pengiktirafan kelayakan Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS); dan
f. Lain-lain dokumen sokongan
PERINGATAN
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.
Comments (0)
Post a Comment